ACTIVITY 2020
_______
JANUARY 2020

PROGRAM PERTINGKAT SOSIOEKONOMI TEMPATAN
1.1.2020, KG. ALOR ARA, ARAU
Memberi bimbingan dan khidmat nasihat
Menbangunkan penjenamaan baru perniagaan
Mempertingkatkan hasil pengeluaran keropok lekor
JANUARY 2020

PROJEK PERCUBAAN PENANAMAN RUMPAI LAUT BERSEPADU DI SUNGAI KILIM, LANGKAWI
1.1.2020 , STESEN PENYELIDIKAN MARIN, PULAU LANGKAWI
Membangunkan produk pelancongan baharu di Pulau Langkawi
Meningkatkan ekonomi dan mobiliti komuniti perikanan di Langkawi
Memupuk sikap kerjasama di kalangan komuniti setempat.
Mewujudkan sumber ekonomi baru kepada komuniti perikanan Sg. Kilim, Langkawi
JANUARY 2020

PEMBANGUNAN KAWASAN PENTERNAKAN SIPUT SUDU (Pernaviridis) DI PULAU LANGKAWI
1.1.2020 , STESEN PENYELIDIKAN MARIN, PULAU LANGKAWI
Mengenalpasti kawasan yang sesuai untuk dijadikan sebagai akuakultur siput sudu
Meningkatkan ekonomi dan mobiliti komuniti perikanan di Pulau Tuba, Langkawi
Memupuk sikap kerjasama di kalangan komuniti setempat.
Mewujudkan sumber ekonomi baru kepada komuniti perikanan Pulau Tuba, Langkawi
FEBRUARY 2020

KETERUJAAN STEM MELALUI MODEL ROCKETRY & 3D PRINTING
3.2.2020, UiTM CAWANGAN PERLIS
Memberikan pendedahan kepada para pelajar sekolah untuk membina dan menerbangkan model roket dengan menggunakan solid propellant, sebagai kesinambungan kepada aktiviti “water rocket”, sekaligus menaiktaraf pengetahuan para pelajar kepada aktiviti roket yang lebih maju dan mirip kepada binaan roket sebenar.
• Memberi peluang kepada para pelajar untuk mempraktikkan seluruh elemen Science, Technology, Engineering, Mathematic (STEM) secara sekaligus ketika proses membina dan menerbangkan model roket dilakukan.
• Memberi peluang kepada para pelajar di Malaysia untuk turut sama melakukan aktiviti membina model roket seperti yang telah bertahun tahun dilakukan oleh para pelajar sekolah di negara negara maju terutamanya di Amerika dan Eropah.
FEBRUARY 2020

PROGRAM HARI PENGEMBANGAN DAN PROGRAM "SAVE OUR SEA"
22.2.2020 , TAPAK APM / TREK KURUNG TENGAR, KUALA PERLIS
Program kolaorasi bersama Jabatan Perikanan Perlis untuk Hari Pengembangan dan program "Save Our Sea".
Pameran agensi APM, TNB, UiTM, MYKP, inovasi produk perikanan dari UiTM, pemeriksaan kesihatan oleh KKM, demonstrasi pertolongan cemas dari APM, pameran & jualan ikan Betta, produk MYKP, ikan rakyat.
Manakala program gotong-royong/CSR diketuai oleh Trash Hero Perlis & TNB. Bagi melakukkan kerja-kerja sukarelawan, membersihkan kawasan rekreasi pelancongan negeri Perlis dan memupuk semangat cintakan alam sekitar.
MARCH 2020

SCHOOL TALKS: ECOBRICKS WORKSHOP
4.3.2020, MRSM ARAU, PERLIS
Kempen kesedaran dan sayangi alam sekitar serta Workshop Pembuatan Ecobricks.
Melakukan kerja-kerja sukarelawan, mendidik serta menanam kesedaran nilai moral dan memupuk semangat cintakan alam sekitar serta menghasilkan modiul Ecobricks bersama-sama pelajar Tingkatan 2, MRSM Arau, Perlis sempena minggu aktiviti.
MAY 2020

Program Kasih Ramadhan FSG 2020
18.5.2020, KG. BANGGOL SENA, CHUPING PERLIS
Membantu warga Kariah Kg Banggol Sena dan anak yatim serta OKU dengan sumbangan berupa hamper keperluan asas utk Ramadhan dan hamper kuih raya utk menyambut Hati Raya Aidilfitri.
Berjaya mendapatkan sumbangan daripada pihak luar dan rakan pensyarah, warga FSG dan warga UiTM Perlis dan dpt menyumbang sebanyak 107 hamper barangan keperluan asas dan kuih raya kepada warga Kg Banggol Sena, Chuping Perlis. Dengan bantuan ini telah dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh warga Kg ini disebabkan Covid -19.
JUNE 2020

THE 1ST INTERNATIONAL MALAYSIA, THAILAND & INDONESIA WEBINAR ON RESEARCH IN POST COVID ERA & POLYMER RESEARCH & INDUSTRY IN POST COVID ERA
17.6.2020, GOOGLE MEET
Pendedahan kepada cabaran dan isu yang dihadapi oleh universiti awam di utara Semenanjung Malaysia di dalam tempoh ini (penularan wabak Covid 19)
Pendedahan kepada pensyarah dan pelajar mengenai penyelidikan terkini di dalam bidang teknologi polimer dan pendedahan mengenai industri petrokimia.
Mengadakan jaringan antara 3 buah negara dan pihak industri besar antarabangsa
JUNE 2020

CLEAN UP PULAU KETAM, KUALA PERLIS
25.6.2020, PULAU KETAM, KUALA PERLIS
Melakukan kerja-kerja sukarelawan, membersiakan kawasan rekreasi pelancongan negeri Perlis dan memupuk semangat cintakan alam sekitar.
Terapkan budaya menjaga alam sekitar, terutamanya kawasan-kawasan yang dilindungi dan dipelihara, di samping dapat mewujudkan satu budaya pemikiran "Cintakan Alam Sekitar", ia juga dapat dijadikan medium dan pendekatan awal untuk mengindahkan lagi taman rekreasi bersama komuniti negeri Perlis itu sendiri.
16.1kg sampah telah berjaya dikumpulkan.
JUNE 2020

CLEAN UP GUA SAMI, KANGAR PERLIS
26.6.2020, GUA SAMI, KANGAR PERLIS
Melakukan kerja-kerja sukarelawan, membersihkan kawasan rekreasi pelancongan negeri Perlis dan memupuk semangat cintakan alam sekitar.
Terapkan budaya menjaga alam sekitar, terutamanya kawasan-kawasan yang dilindungi dan dipelihara, di samping dapat mewujudkan satu budaya pemikiran "Cintakan Alam Sekitar", ia juga dapat dijadikan medium dan pendekatan awal untuk mengindahkan lagi taman rekreasi bersama komuniti negeri Perlis itu sendiri.
16.1kg sampah telah berjaya dikumpulkan.
AUGUST 2020

PERHENTIAN MERDEKA 63 CORAL/FISH CONSERVATION DIVE
30.8.2020, PULAU PERHENTIAN
Memelihara dan memulihara terumbu karang dengan mampan
Memupuk kesedaran dikalangan operator selam skuba dalam pemeliharaan dan pemuliharaan sumber laut.
SEPTEMBER 2020

Postcovid-19 Crisis and Career Development on Polymer Fresh Graduate – Webinars
12.9.2020, GOOGLE MEET
Pendedahan kepada pelajar tahun akhir dalam pekembangan terkini Teknologi Polimer dan cabaran memdapatkan pekerjaan semasa (krisis Covid-19).
Perkongsian oleh pensyarah dan alumni / wakil industri di dalam bidang teknologi polimer.
SEPTEMBER 2020

PROGRAM KAYUHAN HARI MALAYSIA 2020 AND CLEAN UP
15.9.2020, BUKIT AYER, PERLIS
Program kolaborasi bersama SK Dato Wan Ahmad dan KPJ Perlis sempena sambutan Hari Malaysia. Program kayuhan basikal sejauh 35km manakala program gotong royong/CSR diketuai oleh Trash Hero Perlis melakukan kerja-kerja sukarelawan, membersihkan kawasan yang telah ditetapkan dan memupuk semangat cintakan alam sekitar.
Sejumlah 14.8kg sampah telah berjaya dikumpulkan.
OCTOBER 2020

Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik (E-Waste) Peringkat Negeri Perlis Tahun 2020
1.10.2020, UiTM CAWANGAN PERLIS
Sempena sambutan Hari Alam Sekitar, Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis akan menganjurkan Pertandingan Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik (E-Waste) Peringkat Negeri Perlis Tahun 2020 pada bulan Oktober ini.
Pihak Fakulti Sains Gunaan (FSG) mengambil inisiatif untuk menyertainya dan amat mengalu-alukan semua warga UiTM Perlis turut memberi sokongan dan kerjasama jika mempunyai barangan buangan Elektrik dan Elektronik (peribadi) .
Untuk makluman juga, bagi barangan E-Waste yang merupakan aset UiTM Perlis hendaklah dilupuskan mengikut tatacara pelupusan sebagaimana yang ditetapkan oleh Universiti terlebih dahulu.
Hasil kutipan adalah TV, Printer, CPU, Laptop, Cable elektrik, power supply, Handphone, pembakar roti, catridge dll. dengan jumlah berat 122.7 kg dengan kutipan bayaran RM52.10
NOVEMBER 2020

Webinar Recycle The Present, Save The Future
16.11.2020, GOOGLE MEET
Para pelajar dapat menimba pengetahuan mengenai program kitar semula dan dapat pendedahan terhadap program Trash Heroes Perlis yang dianjurkan oleh salah seorang panel jemputan.
Para pelajar jugak dapat melihat sikap manusia dalam menguruskan sisa-sisa buangan di samping melihat sendiri lambakan sampah di sesetengah tempat melalui data dan gambar yang dikongsikan oleh penceramah jemputan. Selain itu, hubungan baik antara warga UiTM Perlis dengan syarikat Green Resource Recovery Sdn Bhd (E-Idaman) dan juga pelopor program Trash Heroes Perlis juga dapat dijalin menerusi program webinar yang dianjurkan ini.
NOVEMBER 2020

Santai Talk Alumni Teknologi Marin UiTM Perlis
26.11.2020, GOOGLE MEET
Perkongsian bersama pelajar-pelajar MarTech Uitm dalam sesi SANTAI TALK Alumni Teknologi Marin UiTM Perlis utk kelas MAR650 - Environmental Impact Assessment.
Pendedahan awal skop kerja dalam industri marine. Lebih ramai alumni bersedia untuk berkongsi pengalaman dan ilmu.
DECEMBER 2020

Kursus Pemprosesan Makanan Laut
1.12.2020, MAREC, UiTM, TANJUNG PANDAN, LANGKAWI
Memberi latihan secara teori dan praktikal bagi penghasilan makanan laut kepada Komuniti Pulau Tuba. Program ini mengambil masa selama 96 jam merupakan kerjasama di antara UiTM dan empower NCER Langkawi dengan objektif utama memberikan pendapatan sampingan kepada komuniti Pulau Tuba.
DECEMBER 2020

Program Pembersihan Pantai Sempena Hari Kesukarelawan Belia 2020 Anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis
5.12.2020, MASJID TERAPUNG KUALA PERLIS
DECEMBER 2020

MARTECH INDUSTRIAL TALK WITH MARINE DEPARTMENT MALAYSIA
19.12.2020, CISCO WEBEX
Jemputan penceramah industri bagi Webinar Kursus Special Topics (MAR640).
Webinar ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai latar belakang, bidang kerja dan isu semasa yang berkaitan dengan Pelabuhan dan perkapalan di bawah kelolaan Jabatan Laut Malaysia.
Peserta kursus merupakan pelajar tahun akhir Program Teknologi Marin.
ADDRESS
Fakulti Sains Gunaan
Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perlis, Kampus Arau, 02600
Arau, Perlis, Malaysia.
CONTACTS
+04-9882000